Flora dan Fauna
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)
- Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
- Tahun : 4 Sahsiah
- Bilangan Murid : 36 orang
- Tarikh : 19 Ogos 2019
- Hari : Isnin
- Masa : 9.00 hingga 10.00 pagi
- Tema : Alam sekitar dan Teknologi Hijau
- Tajuk : Flora dan Fauna
- Kemahiran Fokus: Kemahiran Bertutur
- Standard Kandungan
1.3 Bercerita,
dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
- Standard Pembelajaran
1.3.2 Menceritakan
sesuatu bahan yang ditonton dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
- Objektif Pembelajaran
Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i.
Bercerita
mengenai tontonan video yang mereka lihat.
ii.
Menjawab
soalan berdasarkan petikan cerita yang mereka baca.
- Sistem Bahasa
·
Tatabahasa:
Morfologi – bentuk kata (tunggal, terbitan, kata ganda, kata majmuk)
·
Bentuk
kata: kumpul, kumpulan, bunga-bunga, lebah madu
·
Sebutan
dan intonasi
- Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)
·
Ilmu :
Sains
·
Nilai
Murni : Kesyukuran
dan sayangi alam sekitar
·
Pendidikan
Alam Sekitar : Bertanggungjawab terhadap kawasan
persekitaran
persekitaran
·
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi : Penggunaan video untuk bercerita
·
Kreativiti :
Imaginasi dan visualisasi untuk bercerita
·
Kemahiran
Insaniah : Kemahiran komunikasi, kemahiran kerja
berpasukan, kemahiran kepimpinan,
pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah
berpasukan, kemahiran kepimpinan,
pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah
·
Elemen
Keusahawanan:
EK 1: 1.9 Berkeupayaan
memimpin: boleh bekerjasama dalam sesebuah kumpulan
EK 2: 2.3 Menghasilkan
idea dari pemerhatian: boleh mengemukakan idea baru berasaskan maklumat
EK 3:
3.2 Melaksana projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan: berupaya
menjalankan tugasan mengikut perancangan
- Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)
·
KB:
menghubung kait pengalaman, sebab dan akibat menjaga alam sekitar seperti flora
dan fauna
·
KP:
verbal linguistik, interpersonal dan intrapersonal
·
BCB:
mengumpul maklumat dan memproses maklumat melalui video dan gambar
·
Pembelajaran
Kontekstual: menghubung kait kawasan persekitaran yang perlu dijaga
·
Pembelajaran
Koperatif: bekerja dalam kumpulan menghasilkan peta i-Think
·
Kepelbagaian
Sumber Bahan: Komputer, bahan sastera
- Bahan Bantu Mengajar
Bil.
|
Perkara
|
Jumlah
|
1
|
Komputer riba
|
1
|
2
|
Projektor LCD
|
1
|
3
|
Petikan teks
buku cerita
|
5
|
4
|
Kertas Mahjung
|
5
|
5
|
Model bunga,
rama-rama, pokok dan lebah
|
1
|
6
|
Lembaran kerja:
Teka silang kata
|
36
|
- Pengetahuan Sedia Ada
i.
Murid
mengenal tumbuhan dan rama-rama dalam kehidupan.
ii.
Murid
pernah membaca buku cerita.
Langkah
/ Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Pengurusan
Bilik Darjah
(2 minit)
|
·
Kebersihan
kelas
·
Persediaan
murid untuk belajar
|
·
Murid
memastikan kelas bersih dan mereka bersedia untuk belajar.
|
Peralatan yang
sesuai
|
Set Induksi
(5 minit)
|
·
Perkataan
tersebut merupakan tajuk pelajaran hari ini
·
Petunjuk:
o Buku cerita mengenai flora
dan fauna
|
·
Murid
perlu meneka tajuk pelajaran hari ini melalui permainan meneka perkataan
melalui huruf.
·
Guru
memberikan petunjuk agar murid dapat memberikan pilihan huruf yang sesuai
untuk menyelesaikan perkataan.
·
Selesai
meneka perkataan, guru memberikan contoh flora dan fauna.
|
BBM
Bahan maujud (model flora dan fauna)
Teknik
·
Permainan
bahasa
BCB
Memproses
maklumat
(TB: 10. Mengumpul
data melalui semua deria)
|
Langkah 1
(10 minit)
|
·
Tontonan
video:
Farhaa di Alam Indah | Alam Semula
jadi
·
Isi
pelajaran:
o Cara
menanam pokok bunga
o Kitaran
hidup rama-rama
·
Melukis
peta i-Think iaitu peta alir.
|
·
Murid
menonton video yang ditayang di papan skrin.
·
Murid
dibahagikan kepada lima kumpulan.
·
Setiap
kumpulan melakarkan aktiviti dalam video tersebut menggunakan peta i-Think.
·
Murid
menceritakan aktiviti dalam video tersebut berdasarkan peta i-Think yang
mereka lakarkan.
|
TMK: Video
Cerita
BBM
Kertas mahjung
KB
Menghubung kait pengalaman
Pembelajaran
Kontekstual
Menghubungkaitkan
dengan pengalaman dalam kehidupan
(TB: 8. Menggunakan pengetahuan lepas ke situasi
baharu)
Pembelajaran Koperatif
KP
·
Interpersonal
·
Intrapersonal
Ilmu
·
Sains:
Kitaran hidup rama-rama
Kemahiran
Insaniah
·
Komunikasi
berkumpulan
·
Kemahiran
kerja berpasukan
·
Kemahiran
kepimpinan
EK
·
EK1:1.9
·
EK3:3.2
Penilaian Objektif (i)
|
Langkah 2
(18 minit)
|
Teks Petikan
·
Kisah
Si Bunga
Soalan
1. Bilakah
bunga-bunga itu mekar berkembang?
2. Mengapakah
lebah-lebah madu datang ke lereng gunung itu?
3. Siapakah
yang merosakkan bunga-bunga di situ?
4. Mengapakah
lebah-lebah madu terbang pergi ke tempat lain?
5. Apakah
harapan Pak cik Pokok?
6. Apakah
pengarajaran yang dapat diperoleh berdasarkan cerita ini?
|
·
Murid
melihat video Kisah Si Bunga di skrin.
·
Setiap
ahli dalam kumpulan perlu menceritakan kembali petikan cerita tersebut tanpa
melihat teks.
·
Murid
perlu menjawab soalan berdasarkan petikan cerita yang mereka baca.
·
Setiap
kumpulan diberikan petikan cerita tersebut sebagai panduan buat mereka
menjawab soalan.
·
Murid
perlu memberikan jawapan dengan menggunakan ayat yang lengkap.
·
Setiap
murid yang menjawab soalan akan menyumbangkan markah buat kumpulan mereka.
|
BBB
·
Petikan
teks buku cerita
Pendekatan
·
Tematik
Teknik
·
Soal
jawab (TB: 7. Menyoal dan menyelesaikan masalah)
KP
·
Verbal
linguistik
Nilai Murni
·
Kesyukuran
·
Menjaga
keindahan alam
PAS
Bertanggungjawab
Penilaian Objektif (ii)
|
Langkah 3
(23 minit)
|
Aktiviti 1
·
Nada
dan intonasi
·
Kelancaran
bercerita
Pengayaan
·
Pengolahan
idea
·
Cara
menanam pokok bunga
·
Kitaran
hidup rama-rama
Pemulihan
·
Murid
menyambung ayat majmuk.
·
Murid
mengetahui cara menanam pokok bunga.
·
Murid
mengetahui kitaran hidup rama-rama.
·
Kepentingan
penjagaan alam sekitar.
·
Murid
mengetahui flora dan fauna.
|
Aktiviti 1
·
Guru
memasang video Farhaa di Alam Indah tanpa suara.
·
Setiap
orang perlu menjadi pengalih suara watak dalam video tersebut.
Aktiviti 2
Pengayaan
·
Murid
melihat gambar bersiri di papan skrin.
·
Murid
perlu bercerita mengenai gambar rajah bersiri tersebut.
Aktiviti 3
Pemulihan
·
Berdasarkan
semua cerita yang murid belajar pada hari ini, mereka perlu menjawab teka
silang kata.
·
Murid
perlu menjawab teka silang kata pada kertas.
·
Jawapan
perlu dibincang bersama rakan sekelas melalui skrin yang dipasang di hadapan kelas.
|
BBB
·
Gambar
bersiri
·
Lembaran
teka silang kata
TMK: Video
Cerita
EK
·
EK2:2.3
Teknik
·
Bercerita
·
Main
peranan
Ciri PAK21
Berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan
Kemahiran
insaniah
·
Pemikiran
kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
Penilaian Objektif (i) dan (ii)
|
Penutup
(5 minit)
|
Penutup
Kognitif
·
Rumusan
isi pelajaran
·
Pengajaran
yang murid dapat hari ini
Penutup
Sosial
·
Pujian
atas usaha dan kejayaan
|
·
Murid
bercerita mengenai flora dan fauna.
·
Murid
menyatakan kesimpulan pelajaran pada hari ini.
·
Guru
mengira markah kumpulan masing-masing.
·
Guru
memberikan hadiah kepada kumpulan yang mengumpul markah tertinggi.
·
Guru
memberikan pujian kepada semua murid.
|
BBB
·
Papan
markah
KB
·
Merumus
Nilai
·
Kesyukuran
·
Sayangi
alam sekitar
KP
·
Verbal
linguistik
·
Intrapersonal
|
- Refleksi
|
- Ulasan Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia
|
SET INDUKSI
VIDEO FARHAA DI ALAM INDAH
PETIKAN TEKS BUKU CERITA
KISAH
SI BUNGA
Tersebutlah kisah
pada suatu musim bunga. Ketika itu banyak bunga-bunga yang cantik tumbuh mekar
dan berkembang di kawasan sebelah lereng sebuah gunung. Bunga-bunga yang indah
dan berwarna-warni itu menarik perhatian kumpulan rama-rama yang cantik dan
lebah-lebah yang sibuk. Selain daripada bunga-bunga yang cantik itu, terdapat
sebatang pokok yang tua di lereng gunung itu. Pokok tua itu dipanggil Pak cik
Pokok.
Semasa musim bunga,
semua bunga-bunga itu kelihatan lebih cantik dan indah daripada biasa, Suatu
hari, sekumpulan lebah madu terbang ke lereng gunung itu untuk mencari madu.
“Helo!” sapa bunga-bunga dengan mesra. “Terima kasih kerana datang menziarahi
kami.” “Bunga-bunga tumbuh dengan lebih berseri-seri pada musim bunga kali ini.
Ini satu tuaian yang baik.” Kata lebah madu dengan gembira.
“Apa tujuan kamu
semua datang ke sini?” tanya
bunga-bunga merah yang kecil. “Kami datang untuk mengambil madu,” jawab lebah madu.
“Kenapa kamu tanya begitu?”
tanya lebah madu pula. Bunga matahari ketawa dan menerangkan kepada lebah madu,
“Janganlah kamu rasa tersinggung. Bunga-bunga merah yang kecil ini masih baru
dan muda. Mereka baru saja berkembang musim ini.” “Kami lebah madu yang menghisap
dan mengumpul madu daripada bunga-bunga. Pada masa yang sama kami menyebarkan
debunga kamu di merata tempat,” terang lebah madu kepada bunga-bunga merah.
Suatu petang,
sekumpulan budak lelaki yang nakal datang ke lereng bukit itu. Mereka
menggunakan jaring untuk menangkap rama-rama yang berterbangan dan memetik
bunga-bungaan di situ. Mereka memusnahkan keindahan alam semula jadi dan
merosakkan persekitaran di situ.
Apabila budak-budak
nakal itu meninggalkan lereng bukit, mereka membawa pulang bunga-bunga yang
dipetik. Mereka juga memijak bunga-bunga yang bertaburan di situ ketika
berjalan pergi dari situ. Pak cik pokok berasa sungguh sedih. Ia nampak
bunga-bunga yang cantik itu dipetik dan dibuang bertaburan di atas tanah.
Budak-budak nakal itu juga memijak tumbuh-tumbuhan rendah dan memusnahkan
tangkai-tangkai bunga. “Semua ini sungguh dahsyat,” keluh Pak cik Pokok dengan
rasa kecewa.
Keesokan paginya,
lebah-lebah madu itu datang semula dan mendapati bunga-bunga sudah tiada lagi
di situ. “Ini sungguh teruk. Tanpa bunga-bunga, kita tidak boleh mendapat
madu!” kata lebah-lebah madu itu dengan sedih. “Bunga-bunga itu telah
dimusnahkan oleh sekumpulan budak nakal. Saya minta maaf. Saya tidak dapat
berbuat apa-apa untuk menghalang mereka,” kata Pak cik Pokok kepada lebah-lebah
madu itu.
“Jika tidak ada
bunga, tidak akan adalah madu,” kata lebah-lebah madu itu dengan sedih. “Kita
terpaksa pergi ke tempat lain untuk mencari madu,” kata kumpulan lebah itu
sambil terbang pergi dari situ. Pak cik Pokok hanya dapat memandang lebah-lebah
madu itu terbang pergi. Ia berasa sungguh sedih.
“Saya harap
bunga-bunga itu akan mekar berkembang lagi pada musim bunga yang akan datang,”
fikir Pak cik Pokok sendirian.
LEMBARAN GAMBAR BERSIRI
LEMBARAN TEKA SILANG KATA
Comments
Post a Comment