Pelihara dan Pulihara Alam Sekitar
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
- Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
- Tahun : 5 Marikh
- Bilangan Murid : 30 orang
- Tarikh : 30 Julai 2019
- Hari : Selasa
- Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi
- Tema : Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
- Tajuk : Pelihara dan Pulihara Alam Sekitar
- Kemahiran Fokus
Kemahiran bertutur: Berdialog mengikut situasi.
- Standard Kandungan
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
- Standard Pembelajaran
1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan
kata gelaran yang sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila
- Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i. Mengujarkan sekurang-kurangnya tiga kata gelaran yang terdapat dalam petikan.
ii. Menggunakan kata gelaran dengan betul melalui lakonan berdasarkan kad situasi secara bertatasusila.
- Sistem Bahasa
· Kosa kata: kitar semula, benih ikan, dan pupuk.
· Sebutan dan intonasi
- Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)
· Ilmu: Pendidikan Kesihatan & Sains
· Nilai Murni: Penyayang & Kerjasama
· Pendidikan Alam Sekitar: Bertanggungjawab terhadap persekitaran alam sekitar
· Kreativiti: Pergerakan kreatif – berimaginasi dalam lakonan
- Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)
· KB: menghubung kait pengalaman, sebab dan akibat menjaga alam sekitar
· KP: verbal linguistik, interpersonal dan kinestetik
· BCB: mengumpul maklumat dan memproses maklumat dalam petikan
- Bahan Bantu Mengajar
Bil. |
Perkara |
Jumlah |
1 |
Buku Teks |
1 |
2 |
Komputer riba |
1 |
3 |
Projektor |
1 |
4 |
Pembesar suara |
1 |
5 |
Kad Situasi |
4 |
6 |
Lembaran kerja: Pengayaan Pemulihan |
30 15 |
- Pengetahuan Sedia Ada
· Murid biasa menggunakan kata gelaran semasa berkomunikasi dalam kehidupan harian.
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran |
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran |
Catatan |
Pengurusan Bilik Darjah (5 minit) |
· Kebersihan kelas · Persediaan murid untuk belajar |
· Murid memastikan kelas bersih dan mereka bersedia untuk belajar
|
Peralatan yang sesuai |
Set Induksi (5 minit) |
· Video “BUMI HIJAU- FILEM NEGARA”
· Video berkaitan dengan tema · Murid mendapat pengetahuan tentang alam sekitar · Contoh gelaran: - Abah - Mak - Anak - Saya - Kita - Isteri
|
· Guru memaparkan video iklan “BUMI HIJAU- FILEM NEGARA” kepada murid-murid. · Murid meneka jenis kata yang terdapat dalam video. · Guru membimbing murid untuk menghubungkaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
|
BBM · Video “BUMI HIJAU- FILEM NEGARA” https://www.youtube.com/watch?v=oMCtVmjWhGU. · Projektor · Komputer riba · Pembesar suara
KB Menghubung kait
BCB Memproses maklumat
Pembelajaran Kontekstual Menghubungkaitkan dengan pengalaman dalam kehidupan |
Langkah 1 (10 minit) |
Petikan: Kebaikan dan fungsi tumbuhan
Jangkaan Jawapan Kata Gelaran: - ibu - bapa
Langkah mengekalkan keseimbangan alam sekitar: i. Tidak membuang sampah di merata tempat. ii. Tidak menebang pokok sesuka hati. iii. Tidak membakar sampah di tempat terbuka. |
Aktiviti 1 · Murid membaca petikan “Kebaikan dan Fungsi Tumbuhan” dengan lantang. · Murid mengenal pasti dan menyenaraikan kata gelaran yang terdapat dalam petikan secara lisan. · Murid menyatakan contoh kata gelaran lain yang tidak terdapat dalam teks. · Guru dan murid bersoal jawab tentang langkah mengekalkan keseimbangan alam. · Murid menonton video berkaitan kesan ketiadaan tumbuhan dengan mengimbas kod QR.
|
BBM Teks petikan
Kemahiran Insaniah · Berkomunikasi dalam kumpulan · Bekerjasama dalam kumpulan
KB · Sebab akibat
Teknik · Soal jawab
KP · Interpersonal · Verbal linguistik · Kinestetik
Nilai Murni · Kebersihan alam sekitar
Penilaian Objektif (i) |
Langkah 2 (20 minit) |
Kad Situasi
|
Aktiviti 1 · Murid dibahagikan dalam kumpulan. · Setiap kumpulan diberi kod QR dan mengimbas bagi mendapatkan situasi yang berbeza-beza. · Setiap kumpulan berbincang untuk melakonkan situasi yang diberi dengan menyelitkan penggunaan kata gelaran yang sesuai. · Murid perlu mempelbagaikan watak dalam lakonan supaya dapat mewujudkan pelbagai contoh kata gelaran.
Aktiviti 2 · Secara berkumpulan, murid melakonkan situasi dengan menggunakan kata gelaran dalam konteks yang betul. · Murid lain mencatat kata gelaran yang digunakan oleh kumpulan yang membentang. · Guru membuat pembetulan serta-merta sekiranya ada kesilapan pada struktur dan maksud ayat. |
BBB · Kad situasi
Teknik · Lakonan
KP · Interpersonal · Verbal Linguistik · Kinestetik
Nilai Murni · Kerjasama · Penyayang
PAS · Bertanggungjawab
Kemahiran Insaniah · Kemahiran berkomunikasi dalam kumpulan · Kemahiran berfikir KBAT
Penilaian Objektif (ii)
|
Langkah 3 (15 minit) |
Jangkaan Kata gelaran - Tuan - Encik - Tengku - Doktor - Datin - Dato
Pengayaan Mengenal pasti dan membina ayat secara lisan dan spontan.
Pemulihan
Jangkaan Jawapan:
|
Aktiviti 1 · Murid menyebut kata gelaran yang telah dipelajari dan ciri kata gelaran · Guru memilih seorang murid secara murid secara rawak untuk merumuskan isi pelajaran · Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan · Guru memberikan pujian atas sikap murid yang bekerjasama semasa PdP. Aktiviti 2 Pengayaan · Murid mengenal pasti kata gelaran daripada keratan akhbar dan bina ayat secara spontan.
Pemulihan · Murid mengimbas kod QR dan mencari perkataan kata gelaran yang tersembunyi.
|
BBB · Lembaran Teka Silang Kata · Keratan Akhbar
Ciri PAK21 Berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan
KP · Verbal linguistik · Kinestetik · Interpersonal
|
Penutup (5 minit) |
Kognitif · Rumusan isi pelajaran · Ciri kata gelaran: - mendahului kata nama khas - panggilan yang digunakan pada seseorang - terdiri daripada gelaran formal dan tidak formal · Pengalaman memelihara alam sekitar. · Langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar.
Sosial · Pujian atas usaha dan kejayaan |
· Murid menyebut kata gelaran yang telah dipelajari dan ciri kata gelaran
· Guru memberikan pujian atas sikap murid yang menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
· Murid berkongsi pengalaman murid dalam memelihara alam sekitar. |
BBB · Projektor LCD · Skrin · Lirik Lagu
KB · Merumus
Nilai · Kebersihan · Kesyukuran
PAS · Bertanggungjawab
KP · Verbal linguistik · Interpersonal |
Aktiviti 1
KEBAIKAN DAN FUNGSI TUMBUH-TUMBUHAN KEPADA MANUSIA.
Tumbuh-tumbuhan yang menghijau merupakan anugerah Tuhan untuk dijaga dan dinikmati oleh manusia kerana di sebalik pemberian Tuhan ini adalah untuk kepentingan kehidupan manusia juga. Apa yang akan terjadi jika tumbuh-tumbuhan seperti pokok dan sebagainya musnah? Pasti banyak impak yang akan berlaku terhadap kehidupan sebagai manusia bahkan haiwan juga akan turut terjejas.
Begitu besar kepentingan tumbuhan terhadap kehidupan manusia dan hidupan lain. Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan hidupan lain dapat menikmati kehidupan dengan lebih selesa.
Apakah peranan tumbuhan kepada hidupan lain? Tumbuhan seperti pokok mengeluarkan gas oksigen untuk sistem pernafasan manusia dan haiwan dan menyerap gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan. Kemusnahan alam sekitar seperti pembalakan haram, pembakaran hutan dan penghapusan kawasan tadahan hujan berskala besar mengakibatkan oksigen berkurangan dan karbon dioksida semakin bertambah di udara. Habis semua tanaman yang ditanam oleh datuk dan nenek moyang kita bertahun-tahun dahulu musnah oleh ketamakan manusia zaman kini.
Selain itu, tumbuhan juga berfungsi sebagai melembapkan suhu. Kesan daripada kekurangan tumbuhan di sesuatu kawasan menyebabkan kawasan tersebut menjadi panas. Pokok atau hutan juga menjadi pusat tadahan air hujan. Pokok-pokok atau tumbuhan boleh mengelakkan daripada kejadian banjir, kerana akar pokok merupakan seperti span yang menyerap dan menyimpan air hujan yang berlebihan. Pokok juga menjadi habitat fauna seperti monyet ,orang utan dan sebagainya.
Dalam usaha melestarikan tumbuhan-tumbuhan hijau, banyak inisiatif yang telah diambil oleh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan Malaysia. Selain itu, guru di sekolah juga memainkan peranan penting dalam menyemai semangat cinta murid terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, guru boleh mendidik murid-murid untuk tidak ‘menghapuskan’ tumbuhan-tumbuhan kecil yang sedang membesar.
Selain itu, ibu bapa juga boleh mendidik anak-anak di rumah dalam usaha melestarikan tumbuhan hijau. Hal ini dibuktikan melalui aktiviti berkebun yang dilakukan oleh ibu bapa. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh mendidik anak mereka untuk menyemai tumbuhan hijau di kawasan rumah. Peranan seterusnya ialah peranan individu sendiri. Individu perlulah peka terhadap kebersihan alam sekitar.
Oleh itu ,tumbuhan ini perlu dijaga agar dapat dinikmati bersama dan diwariskan kepada generasi akan datang. Setiap usaha yang dilakukan oleh pihak berwajib atau tidak haruslah diberi kerjasama oleh masyarakat supaya kelestarian alam sekitar terus terjaga dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Hal ini kerana menjaga kelestarian alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama, bukannya tanggungjawab individu.
Lembaran Kerja Petikan Akhbar
AKTIVITI PENGAYAAN
Arahan:
Baca petikan akhbar dan bina ayat secara lisan dengan menggunakan kata gelaran yang terdapat dalam akhbar.
Aktiviti Pemulihan
Comments
Post a Comment