Sayangi Bumi Kita

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

 

1. Mata Pelajaran      : Bahasa Melayu

2. Tahun                    : 5 Cemerlang

3. Bilangan Murid      : 25/25 orang

4. Tarikh                    : 12 Ogos 2019

5. Hari                        : Isnin

6. Masa                      : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi

7. Tema                     : Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

8. Tajuk                     : Sayangi Bumi Kita

 

9. Kemahiran Fokus

Kemahiran bertutur: murid dapat bertutur dengan bertatasusila bagi mennyatakan permintaan, memperoleh dan menyampaikan maklumat dengan baik.

 

10. Standard Kandungan

            1.4       Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara                              daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara                                 bertatasusila

 

11. Standard Pembelajaran

            1.4.1    Bertutur  tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber  dengan                                 menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal secara bertatasusila.

 

12. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

            i.  Bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul dan gramatis

            ii. Bertutur dengan bertatasusila dalam menyampaikan pendapat

 

13. Sistem Bahasa

i.         Kosa kata: Mesra alam, kitar semula, lapisan ozon dan pemanasan global.

ii.       Sebutan dan intonasi

 

14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)

      i.        Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin

     ii.        Kemahiran insaniah: Kemahiran komunikasi, Kemahiran belajar sepanjang hayat, moral dan etika profesional dan kemahiran kerja berpasukan.

    iii.        Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Belajar melalui TMK.

   iv.        Kemahiran Berfikir: Menganalisis

    v.        Belajar Cara Belajar: Menonton video dan mengeluarkan maklumat.

   vi.        Elemen Kelestarian Global: Mendedahkan murid kepada isu-isu yang semasa

 

15. Bahan Bantu Mengajar

 

Bil.

Perkara

Jumlah

1

Komputer riba

1

2

Projektor LCD

1

3

Lembaran bergambar

4

4

Gambar teknologi hijau

4

5

Pengayaan

25

6

Pemulihan

4

7

Peta buih

25

8

Pembesar Suara

1

 

16. Pengetahuan Sedia Ada

Murid mengetahui cara mengitar semula.

 

Langkah /

Masa

 

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

 

Catatan

Pengurusan Bilik Darjah (2 minit)

1.  Kebersihan kelas.

2.  Persediaan murid untuk  belajar.

1. Murid memastikan kelas bersih.

2. Murid bersedia untuk belajar

 Peralatan yang sesuai dengan mata pelajaran.

Set Induksi

(5 minit)

1.  Video “Punca pemanasan global” ditayangkan.

2.  Soalan:

Apakah kepentingan untuk menjaga alam sekitar?

3.  Jangkaan Jawapan:

a.    Mengurangkan pemanasan global.

b.    Mengurangkan penebangan pokok.

1.    Murid ditayangkan dengan video “Punca pemanasan global” (https://youtu.be/Ntx6OzFfCkc)

2.    Murid dan guru bersoal jawab tentang tajuk yang akan dipelajari iaitu sayangi bumi kita.

3.    Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran pada hari tersebut.

Ilmu: Sivik

Nilai: Bertanggungjawab

Kemahiran Insaniah: Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran Berfikir: Menghubung kait

Teknik: Soal Jawab

Pedagogi terkini: Komunikasi dan kolaboratif

Bahan Bantu Belajar:

·         Komputer riba

·         Projektor LCD

·         Pembesar suara

·         Video Punca pemanasan global

Langkah 1

(15 minit)

1.  Kumpulan:

·         Marikh

·         Pluto

·         Musytari

·         Zuhal

 

2. Lembaran bergambar tentang kegunaan tong sampah kitar semula.

 

 

1.    Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

2.    Guru mengedarkan lembaran bergambar tentang tong kegunaan tong sampah kitar semula kepada setiap kumpulan.

3.    Dalam kumpulan murid memberi pendapat dan meluahkan idea tersebut tentang kepentingan kitar semula dengan sebutan dan intonasi yang betul secara kuat dan jelas serta bertatasusila.

4.    Murid dapat menambah lagi idea untuk diluahkan dengan mengimbas “QR Code” yang terdapat pada lembaran untuk menonton video tentang kegunaan tong sampah mengikut warna.

5.    Murid akan dinilai mengikut sebutan dan intonasi yang digunakan semasa memberi pendapat kepada rakan-rakan.

 

 

Bahan Bantu Belajar:

·         Lembaran bergambar (Lampiran 1)

·         Alat pengimbas kod QR

 

Ilmu: Sivik

 

Kemahiran Insaniah: Kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kerja berpasukan

 

Pedagogi terkini: Komunikasi dan kolaboratif dan pemikiran kritis dan penyelesaian (KBAT)

 

Nilai: Bekerjasama, Hormat-menghormati dan bertanggungjawab.

 

Pembelajaran Kontekstual: Hubungkait dengan pengalaman dan pelajaran

 

Kemahiran Berfikir: Memproses maklumat

Langkah 2

(18 minit)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Langkah 3

 (15 minit)

1.  Kumpulan:

·         Marikh

·         Pluto

·         Musytari

·         Zuhal

2.  4 gambar teknologi hijau yang disertakan dengan QR Code.

  

 

 

1. Menulis kesan kegiatan manusia terhadap alam semula jadi.

 

2. Pentaksiran menggunakan peta buih yang diimbas melalui kod QR.

3.    Pemulihan.

4.    Pengayaan.

 

 

 

 

 

 

 

1.    Dalam kumpulan, murid diminta untuk berlumba bagi mencari satu keping gambar untuk setiap kumpulan yang telah disembunyikan di dalam kelas untuk setiap kumpulan.

2.    Murid mengimbas kod QR yang terdapat pada gambar mengikut kumpulan masing-masing.

3.    Setiap kumpulan diminta menonton video yang berkaitan dengan gambar teknologi hijau yang ditemui.

4.    Murid berbincang dengan ahli kumpulan secara bertatasusila berkaitan kepentingan teknologi hijau dan cara menghasilkannya berdasarkan video yang telah ditonton.

5.    Murid menceritakan semula tentang teknologi hijau yang ditemui mengikut kumpulan dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul di hadapan kelas serta bertatasusila dalam menyampaikan pendapat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.    Murid mengimbas kod QR yang ditayangkan di hadapan kelas.

2.    Secara individu, murid diminta memberikan pendapat tentang peta minda yang keluar hasil daripada imbasan kod QR.

3.    Pendapat disampaikan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan menggunakan intonasi suara yang bersesuaian serta bertatasusila.

 

4.    Pemulihan:

Murid menyebut perkataan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

5.    Pengayaan:

Murid bercerita tentang ”Arnab dan kura-kura” di hadapan kelas.

 

Kemahiran Berfikir:

·         Menjana Idea

 

Bahan Bantu Belajar:

·         4 gambar teknologi hijau yang disertakan dengan QR Code (Lampiran 2)

·         Video-video tentang penghasilan teknologi hijau.

 

Pedagogi terkini: Komunikasi dan kolaboratif dan pemikiran kritis dan penyelesaian (KBAT)

 

Nilai:

·         Bertanggungjawab

·         Tolong-menolong

·         Bekerjasama

 

EMK:

·         Kelestarian Global

 

Kemahiran Insaniah: Kemahiran komunikasi,    Kemahiran belajar sepanjang hayat, moral dan etika profesional dan kemahiran kerja berpasukan.

 

 

 

 

 

Kecerdasan Pelbagai:

·         Verbal linguistik

 

Pedagogi terkini: Komunikasi dan kolaboratif dan pemikiran kritis dan penyelesaian (KBAT)

 

Kemahiran Insaniah: Kemahiran komunikasi

 

Nilai: Tanggungjawab

 

Bahan Bantu Mengajar:

·         Lembaran kerja

·         Peta Minda

 

Pentaksiran (Lampiran 3)

 

Pemulihan (Lampiran 4)

 

Pengayaan (Lampiran 5)

 

Penutup

(5 minit)

1.  Kognitif:

·         Merumuskan isi pelajaran

2.  Sosial:

·         Pujian dan penghargaan

1.    Seorang murid dari setiap kumpulan diminta untuk menyatakan kepentingan menjaga alam sekitar.

2.    Guru merumuskan keseluruhan isi pembelajaran.

3.    Murid diberikan pujian atas kerjasama dan usaha dalam menjayakan sesi pembelajaran pada hari ini.

Kemahiran Berfikir:

·         Merumuskan

 

Kecerdasan Pelbagai:

·         Verbal linguistik

 

Kemahiran Insaniah: Kemahiran komunikasi

 

Pedagogi terkini: Komunikasi dan kolaboratif dan pemikiran kritis dan penyelesaian (KBAT)

 


17. Refleksi 

 

18. Ulasan Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia

 

Lampiran 1

 

 

 

Lampiran 2

                                                       

 

                     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Lampiran 3

 

Kod QR “Peta Minda”

 

 

 

Lampiran 4

 

Pemulihan

Arahan: Sebutkan perkataan di bawah dengan jelas dan betul.

 

 

Lampiran 5

Pengayaan

Arahan: Menceritakan cerita “Arnab dan kura-kura” di hadapan kelas.

 

Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan mengambil angin pagi di rimba. Tiba-tiba datang Sang Arnab yang memang terkenal antara binatang yang pantas di rimba itu.

 

"Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana kau?", kata Sang Arnab membuka bicara.

"Ya, Arnab, aku tak ke mana-mana saja berjalan-jalan", jawab Sang Kura-kura.

"Kura-kura-Kura-kura, kasihan aku tengok kau ni, jalan pun lambat, bila kau mahu tiba ke destinasi", ejek Sang Arnab yang memang dikenali suka mengejek yang lemah.

 

"Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku begini, aku redha", kata Sang Kura-kura sambil terus berjalan meninggalkan Sang Arnab tadi.

 

Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang Kura-kura sepertinya tidak terkesan akan sindirannya tadi. Lantas dia mengemukakan satu cabaran kepada Sang Kura-kura dengan niat mahu mengenakan dan memalukannya.

 

"Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura, saja aku mahu bersaing dengan kau",

 

"Tidak apalah Arnab", jawab Sang Kura-kura ringkas.

 

"Tak kira Kura-kura kau mesti berlumba dengan aku juga besok, aku tunggu dekat tebing sungai sana", kata Sang Arnab tidak mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura.

 

Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang Kura-kura itu. Dengan Sang Kancil menjadi pengadilnya, perlumbaan yang dijadualkan bermula dari tebing sungai, menelilingi rimba dan tamat di tebing sungai kembali, perlumbaan itu dimulakan di tengah-tengah hiruk pikuk penyokong kedua-dua peserta.

 

Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh meninggalkan Sang Kura-kura. Sedang Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula.

 

Setelah beberapa ketika Sang Arnab berhenti di bawah sebatang pokok. Lalu dia memerhatikan kalau-kalau ada kelibat sang Kura-kura di belakangnya.

 

"Ah, pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura, garisan tamat pun dah dekat, mengantuk pula aku, baik aku tidur sekejap, bila aku terjaga nanti Kura-kura pasti belum memotong aku", fikir Sang Arnab.

 

Dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut.

 

Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok tempat Sang Arnab sedang tidur. Dengan tidak mempedulikan Sang Arnab, Sang Kura-kura terus berjalan menuju garisan penamat.

 

Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terjaga dari tidurnya. Dengan tergesa-gesa dia berlari menuju garisan penamat.

 

"Ish, lama pula aku tidur, entah-entah Sang Kura-kura sudah memotong aku", getusnya sendiri.

 

Sesampainya Sang Arnab di garisan penamat kelihatanlah Sang Kura-kura menerima ucapan tahniah dari binatang-binatang rimba yang lain kerana memenangi perlumbaan itu. Dengan rasa malunya Sang Arnab beredar pantas dari situ kerana tewas kepada Sang Kura-kura sambil diketawakan para penghuni rimba.

 

Rujukan

Norizan Hassan, Husin Salamon & Hasimah Abdul Rahman. (2017). Peranan aplikasi teknologi hijau dalam konteks melestarikan alam sekitar menurut perspektif islam. Penyelidikan dan inovasi, 1-12.

Siti Hajar Abdul Aziz, Siti Sarah Abdul Malek & Rahmat Ibrahim. (2013). Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Comments